Tuesday, November 1, 2011

Blogging VS Gaming

Assalamualaikum w.b.t

Ok lets go, blogging vs gaming? Aku akan habaq kenapa aku kembali menulis blog. Aku mengaku aku merupakan kaki gaming. Aku start main game sejak aku masuk universiti sampai la aku kembali tulis blog ni. setiap orang perlu ada perubahan dalam diri. Walaupun kecik tetapi bermakna, lebih baik dari habuk pun takde. mulanya kisah, satu hari aku rasa aku perlu buat sesuatu yang lebih bermakna dalam hidup aku, sampai bila aku nak buang masa main game yang tak sudah-sudah tu kan. serius aku habaq gaming memang best, satu jam masuk dua jam, sekarang dah jam ketiga masih main permainan yang sama, buang masa tak? gila buang masa. bagus ka main game ni? aku kata bagus jika main kejap je. kalau dah sampai sehari suntuk main game aku kata bodoh termasuklah aku sekali, adeh. tapi tu dulu la. Sebelum tu siapa kata main game tak bagus. aku bangkang, sebab main game ada yang bagus. Tapi jangan ketagih la adik oi. Antara kebaikan main game ialah:

1. Dapat menghilang stress, ya la sehari belajar mestilah penat so apa lagi tunggu main game la.
2. Dapat merapatkan hubungan, kalau tak percaya try main game xxxx (taknak habaq game apa nanti hampa main pulak), serius aku kenal ramai kawan pasal main game ni la.
3. Game mengajar erti tidak mudah putus asa. kita akan lebih cekal, usaha sampai mission complete, kalau main PES(aku suka game ni) sampai dapat jaringkan gol. woha!!!
4. Game dapat mengelakkan kita tidur diwaktu petang, kan waktu petang tak elok tidur, so main game la nak elak tidur.
5. Game dapat memberikan sumber pendapatan sampingan. betul aku dah dapat duit sebab aku masuk pertandingan lawan PES, serius tak tipu.

Sebenarnya banyak lagi kebaikan gaming ni. tapi aku tak larat nak tulis. however gaming juga mempunyai banyak keburukan, apa keburukan gaming?

1. Membuang masa. masa banyak dibuang dengan hanya bermain game. bodoh kan.
2. Membazirkan umur muda. sebenarnya umur adalah anugerah yang amat bernilai pada seseorang insan ,rugi jika umur dibazirkan begitu sahaja.
3. Melalaikan kita, setiap kita ada tujuan hidup yang hendak kita capai, sayang kan kalau kita lalai dengan bermain permainan video game ni.
4. Permainan game yang menghina Islam, hah this is very bad news, sekarang dah banyak permainan yang cuba menghina kesucian agama Islam. cuma kadang-kadang kita tak sedar.
5. Membuang duit, ya la kita spent a lot of money untuk beli benda alah ni. sedih bukan?

Dan banyak lagi keburukan main game ni. tapi tak salah jika kita spent sikit je masa nak main game ni, jangan sampai addict sudaa. So thats why I change to blogging. Thanks for spending your time ;)

Tebarkan Salam

Assalamualaikum w.b.t

Apa habaq? ok? biasa-biasa aje? So let me introduce myself, nama aku Mohammad Naim bin Rahmat, beasal dari Kedah. Actually dah lama aku tinggalkan dunia blogging ni. So siapa yg tersesat masuk sini aku ucapkan selamat datang, welcome joining me. Aku akan bahasakan diri sebagai 'aku' sebab aku orang utara, so aku harap hampa paham la no. Jadi hampa mesti nak tau sebab apa aku tulis balik blog ni kan, nanti aku habaq. Buat permulaan aku nak habaq aku bukan ustaz, pakar motivasi, dan seangkatan dengannya. Bukan apa, kalau aku sentuh bab-bab agama ke, motivasi ke, itu hanyalah sebagai perkongsian kita bersama. itu saja.


Regards,
Che-Im